Tuesday, October 26, 2010

Dating On Tuesday


Halloo..morning guys..
Pagi ni liat betul aku nak bangun dari tidur kot.
Petang semalam, Aku & Sayam dating .Ahahaha.Dating sambil menonton wayang Free.
Bukan orang tengah buat perkara sumbang ea.Aku dapat free baucer tix wayang kat Midvalley,
Pastu memang sasah la kena tengok kat sana jugakkan.Kalau tak...harus meroyan mahu lihat kat Sunway Pyramid.
Memula we all nak tengok movie on Monday. Tup tup Sayam call cakap kena sambung keje sampai mlm pulak.
Hermm...tak jadi pulak.So, bila semalam Sayam kena sambung keje lagi, awal awal dia tak mahu ganti.
Aku lekas lekas blk rumah.Bukan ke hari hari aku balik awal?.
Balik rumah, tengok sayam baru hegeh hegeh mahu mandi..
woaaaa...dia kalau mandi lama kot...harus aku gosok baju dulu..
Sampai jer sana, kedai 1st yang sayam singgah boutique L.Titiba nampak seluar skinny.
Memang bukan untuk aku.Sebab aku hanya layan skinny kat DP saja.L selalunya tak ada size.Kesiankan?
Lupakan saja hahaha.
Dia terjatuh hati pulak ngan skinny tu.Nak nak pulak aku dah racun baik punya.Terjebak sayam i nok.
Sayam macam baik hati sangat sangat semalam.
Macam macam baju kot suruh aku test.
Tapi, aku kan baru beli baju kat DP masa dating ngan Cik Sue minggu  lepas.
Jadi..perasaan nak membeli walaupun sayam nak belanja berkurangan.
Keji ok.Sayam nak belanja aku tolak tolak kan?Mungkin ada sebab lain kot..hahahaha..
Sayam ajak masuk Z.Aku layankan je la.Tup tup jumpa baju Rolling Stones.Siap ada signature lagi.
Damn!!!!!Aku terus jatuh cinta...(Mood pun pagi pagi ni lagu Miss U By Rolling Stones)
Aku memang sudah lama jatuh cinta pada Baju yang ada gambar bibir & lidah itu.
Dah lama aku mencari.
Hari tu aku ada nampak di butik B.Tapi sudah habis dijual.
Geram gila aku masa tu.
Sabar je lah.
Tapi malam tadi perasaan bercampur baur.
Sayam nak belikan baju tu untuk aku.
Sebab dia tahu aku memang gilakan baju itu.Harus sayam tak mahu beli jika Shironikko @ Ed Hardy punya branding.hahaha..
Aku serba salah pulak.
And, sayam brought for me akhirnya...
owh...sayangnya kat sayam.
Lepas shopping moping, kitorang pergi redeem tix wayang.Nak tengok cerita MAGIKA.
Tapi cerita tu tiada malam tadi.HAMPEH betul.
Nak layan cerita Rajnikan pun tak pasti bila nak ditayangkan.
Last last pilih mahu tengok cerita BURIED.
Memang ni lah cerita yang paling murah kosnya sepanjang film mat saleh yang pernah aku tengok.
Bermodalkan Blackberry, pisau, lampu suluh, lighter, orok orok(sejenis ular), keranda kayu,
sekeping kertas, pencil, paku..& lain lain lagi.
Lepas tu seorang pelakon yang dalam cerita tu, melakonkan watak Paul Conroy.
Gila senang watak dia dalam keranda tu.Hanya call call orang & received call saja.
Lepas tu try untuk bakar ular.damn boring masa tu.rasa nak ajak sayam balik.Sayam dah tido tido dalam tu.
Hahaha.Semua orang kot dalam cinema tu menyumpah tengok movie tu.
Nasib baik FREE ok.Kalau bayar...harus aku meroyan lebih teruk lagi jika nak dikirakan membazir masa malam tadi.
Waste my time...baik pergi cuci mata lagi bagus...
woa...woa..woa...

Saturday, October 23, 2010

To Day is Saturday

Hai..
Pejam celik pejam celik, dah sabtu hari ni.
Aku, cam biasa duduk rumah.Sayam keje petang minggu ni.
Pagi pagi macam sekarang ni adalah dia.
Korang selalu breakfast apa ea pagi pagi sabtu cam gini?
Aku teringin nak makan roti canai pisang.
Sedapnya kalau dapat makan sekarang ni.
Cuma mak jer yang buat sedap.
ke...sebab aku nak sedapkan hati.
Btw, kat kedai, aku jarang jarang sangat jumpa roti canai pisang ni.
Kalau sebelah Sg. Besar & Tanjung karang je ada jual.
Itu pun cepat habis.Hanya abah & mak aku jer yang tahu warung nya kat mana.
U all jangan tanya aku ye...
Abah aku fav dia roti canai pisang.Kalau Mak buat, berkeping keping abah boleh makan.
Tak sangka pulak aku pun suka dengan food yang abah suka.
Sayam kalau hujung minggu ni, dia tekak dia nak makan nasi.
Nasi lemak lauk ayam.
Tapi macam nilah...selalu malas jer yang lebih.
Last last nasi lemak lauk ayam telah menjadi lunch hour.
Rumah kitorang atas langit.Tinggi.
Bila nak turun bawah, ya amat bercinta....
Sanggup berlapar..hahaha.
Selalu macam tulah.Kalau masak pun masak yang simple simple je.
Petang ni aku nak keluar ngan Cik Sue.
Dah lama tak keluar bersama.
Nak intai intai Kuala Lumpur sebentar lagi sambil bershopping..
Harap harap cuaca mengizinkan...yeeee....nak siap siap...da...

Thursday, October 21, 2010

::Menu Semalam::

Hai..
Morning everyone.
Korang rajin memasak?Actually ni untuk perempuan. Kaum kaum ibu mesti sure pandai masak.kan kan?
Aku, boleh la..sikit sikit tu pandailah kot.
Semalam, aku ber'sms'dengan Sayam.Tanya dia mahu aku masak apa untuk dinner malam tadi.
Laju jer dia reply nak makan ikan bawal masak kicap taruk kentang banyak banyak.
Aku macam pelik sangat.Selalu kalau ayam kicap or daging kicap mak aku masak akan taruk kentang.
Ini ikan pulak.Mungkin mak mertua aku masak macam gini kot..
(huu...itu andaian saja....tak refer mak mertua pon)
Aku pun balik, laju laju beli ikan bawal.Nasib baik ada...nasib baikk...
Lepas tu, sampai rumah, siang ikan & goreng garing garing.
Pastu, dalam memikirkan kenapa nak masak ikan kicap kena letak kentang, aku pikir juga,
macam mana nak kasi cepat lembut kentang tu kan?Ahah..baik aku goreng kentang tu sekali.
Aku pun goreng kentang tu sekali.Kentang tu aku potong enam.Pandai pandai korang la nak agak macam mana.
Tumbuk cili padi 4-5 biji, bawang besar, bawang putih, tumis sampai garing.
Pastu masukkan kicap & air sekali kentang.
Renih sekejap pastu aku test potong kentang & berjaya coz kentang sudah lembut.
Aku masukan kuah tadi ala ala ikan sweet sour pada ikan bawal tu..
After 12midnite , Sayam pun balik rumah.

Aku: Nak tanya sikit boleh tak?
Sayam: boleh why?
Aku:Kenapa masak ikan masak kicap kena letak kentang?Mak u masak macam ni ye dulu dulu?
Sayam: Tah...tak lah.Saja jer..kenapa pelik ke?
Aku:hahahahaha...

Terus aku tergelak.

Sayam: Kenapa gelak?
Aku:Owh..orang tak pernah masak ikan kicap letak kentang ..rasa pelik sangat.tu sebab orang tanya..
Sayam:Hah?memang la...I saja jer tulis SMS macam tu..sebab tatau nak makan apa..
Aku:hahaha..menyampah.lain kali jangan bergurau pasal masak boleh tak?(berguraukah dia ni?)
Sayam:hahaha...

Sayam memang suka ngan kentang.Gila kentang agaknya.
Apa je masak suruh taruk kentang.
Aku pun layan je.Sekali ikan kicap kentang..hahahaha..
Suka hati jer...Sumpah u all, ni 1st time i dengar ikan masak kicap taruk kentang.
Mak i pun tak pernah buat sebelum ni.
Kat kedai pun i tak pernah nampak.
Korang pernah masak macam ni x?adeh...nampak sangat kan..jarang jarang masuk dapur..stop!!!

Wednesday, October 20, 2010

Iron Board terbakar..

"Al kisah..taibbb..
Al kisah tersebut la kisah...taibbbb..
Sangkancil datang beramai ramai mengadap sultan firaun...
Mana Firaun pakai sultan.."

Siot je.Semalam aku dapat Sms dari sayam.
"U ni nak bakar rumah ke?"
ha...?Aku terkujat sekejap.Aku rasa semua plug,  iron plug, dapur gas dah tutup masa nak pergi keje pagi semalam.Dua kali cek tu
Aku reply"Mana ada.kenapa ea?"
Sayam tidak membalas sms aku.
Tapi..Aku rasa memang nak tergelak gila babas semalam.Depan PC aku gelak gelak teringat peristiwa On Tuesday..
Ni mesti Sayam baru perasan iron board terbakar.Padahal kejadian tu masa selasa lepas.
Damn...!!!Tengah excited nak pergi keje, gosok baju..sekali terpusing habis temperaturenya,
sekali aku try gosok kat iron board, terus melekat.bukan sekali tapi dua kali.Sebab dua lubang kesan iron board berlubang.Aku cepat cepat gosok baju dan tutup iron board dengan kain batik.Fuhh..selamat untuk hari selasa.
Tapi tak selamat juga. Bila semalam dia bebel bebel kat sms.
Aku serba salah pulak.Sure.Memang aku cuai.
Aku mengaku nok..Aku tahu sayam marah.Sebab dia yang beli.
Sebab dia jenis tak cuai macam aku.
Susah nak tengak dia buat perkara perkara yang bukan bukan sebab dia tak cuai.
Sekali lepas dia sampai rumah malam tadi,
dia sengih sengih suruh aku bakar rumah pulak.
Nasib baik mood dia ok.
Hahaha.Mana kita nak tinggal kalau rumah aku bakar..
Kita tido kat dewan.
Hahaha.Sungguh tak lawak aku rasa.Dia sindir aku.
Jarang aku dengar dia membebel secara lisan.
Aku pun mendengar dengan penuh rasa serba salah & janji tak mahu ulangi lagi.
Pagi tadi, aku iron baju secara berhemat.
Aku rebus air pun, bila dah masak 2-3 kali aku memastikan gas ditutup dengan baik.
Terima kasih sayam...sebab ingatkan aku..
Kalau tak, memang terbakarlah bagai bagai barang dalam rumah tu, sebab aku tak cermat..
adeh...

Tuesday, October 19, 2010

20102010

Wow...Salam berceloteh..& morning..
Amboi..Tarikh hari ni...Sure menarik kan?Kalau tak, takkan lah Melaka mahu mengishtiharkan Melaka Maju 20102010 pada hari ini.
Ok ok.Aku tidak mahu bercerita pasal itu.
Remember tak aku pernah cakap yang aku & Sayam kena attend birthday party Alili?
Saturday selepas meziarahi mak mertua di Shah Alam, rehat sejam dirumah.Sambil menggosok baju.
Kemudian keluar pergi shoping untuk Alili & Acu.
Kebetulan pulak birthday mereka dekat dekat tarikhnya.
Mula mula Sayam ajak pergi Midvalley KL.Aku, terlalu malas untuk kesana.Tak tahu kenapa.
Kalau dulu, masa bercinta, asyik kesana.hahaha.Muak sudah agaknya.
So, yang paling aku suka sekarang adalah Sunway Pyramid.
Jarak dengan rumah 5minit jika bawa motor laju laju.
Jika sedang sedang 10 minit atau kurang dari itu.
Aku drop kereta rumah mak, dan melenjan naik motor bersama Sayam.
Jimat masa plus parking sekali.Sebab hari sabtu.Confirm ramai umat manusia disana.
Tujuan utama kesana mahu membeli HADIAH untuk kanak kanak rebina berdua tu.
Mak banyak kali pesan kat aku, kalau nak belikan Alili hadiah, belikan baju saja.
Jangan ngada ngada mahu tambah toys dalam raga dirumahnya & rumah nenek.
Cukup cukuplah tu.
Kami cuci mata dulu , baru boleh shopping untuk mereka berdua.
Cuci mata ditengah bulan adalah penyiksaan ok.Kesian nafsu membeli belah terbantut.
Memilih baju untuk budak budak lelaki amatlah susah jika tidak dibawa tuan empunya diri.
Kalau dibawa, sumpah bankrupt uncle & anyah nya kena pow.Terbeliak biji mata budak kecik tu.
Mungkin juga akan meroyan minta itu ini di Jusco bahagian TOY's.kan..kan?
Alili adalah budak yang sangat pandai membodek sesiapa sahaja.
Pasti akan terjebak dengan pujukannya.Melainkan korang sempat berkata "Untie belum gaji"
Sure korang tidak di Pow oleh nya.Bijak budak budak sekarang. Gara gara susu Enfagrow sejak lahir.
Aku separate dengan Sayam.Aku ke bahagian baju. Sayam bahagian toys.
Sayam nak juga belikan budak tu toys.
Aku pusing -pusing jumpa pijama untuk budak tu.Comei.
Untuk Acu pulak aku belikan dia set Stationery Spongebob.Settle.
Sayam masih tercari-cari apa yang patut dibeli untuk mereka.
Alili kalau dibelikan mainan, nak nak pulak yang boleh cabut cabut macam puzzle tu,
sure lah, tak  sampai sejam dah terbarai.
Kereta control yang Alfarano & Acik belikan pun hanya bertahan lebih kurang Sejam.
Ngeri & Scary anak buah kitorang tu kan.
Habis segala mak nenek  Ben10, Ultraman , Transformers, Sayam pilih.
Dekat sejam dia dok asyik memilih toy.Mengalahkan kiddos suami ku itu..
Aku cakap :

Aku: Sayam apa kata kalau i call budak budak tu, tanya dorang suka apa..


Sayam:Aah la...u call dorang, tanya apa yang dorang suka..(sambil picit picit kepala tanda pening lah tu)


Aku:Hallo, mak pas call kat Acu,


Acu:Hallo, Kak ngah, kenapa..?


Aku: Acu suka Ben 10 ke, Ultraman ke or Transformers?


Acu:Hoooyeeee....Acu suka Ben 10.


Aku:Ok. Pas call Kak Ngah kat Alili..


Acu: Alili...Anyah nak cakap ngan Alili.(aku dengar dorang berbual)Kak Ngah, Alili tak mahu cakap dengan Kak Ngah la..


Aku:Acu, tanya dia nak Ben 10 ke Transformers?


Acu:Alili Anyah tanya...Alili suka Ben 10 ke trans(ayat belum habis)


Alili: Nak transformers anyah...Alili nak itu...(menjerit jerit kat telepon aku rasa)


Aku:Okok.Babai...

Ha...kan senang.Payah sangat nak fikir fikir kan?
So, lepas bayar..terus Sayam ajak minum..hohoho...
Kesian dia.Sampai 2 ketul donut dia makan sorang.haha..ha
Next entry aku cerita pasal time majlis pulak...daaa....

Monday, October 18, 2010

I'm Back

Huuuh...Salam siang ibu-ibu bapak-bapak.
Korang sihat?
Aku...Not feeling well lagi.Masih bersuara rockers tahun 90-an seperti Amy Search.
Batuk pun semakin tenat.Langsung tak bagi peluang untuk tidur dengan lena sewaktu cuti lepas.
Sayam nasib baik tidak berjangkit.Dia sihat.Tapi aku dengar sekali sekala dia batuk juga.Bukan kah ini berjangkit juga?
Susah betul dia nak sakit.Tapi kalau sekali sakit, ha..sampai warded kot .
Okok.Sebenarnya aku nak bagi tau yang aku MC semalam.
Ayat gimik jer yang atas atas tu.
Apsal MC hari Isnin?
Syok la..sambung cuti. Tak de maknanya syok.
Kat rumah aku terbaring jugak.
Subuh sepi'e Sayam aku masih berada ditempat keje.
Jadinya, aku kena tunggu dia menghantar aku ke klinik.
Sampai Klinik, see doc. And dia cakap sudah berapa hari aku macam ni.
Aku cakap since Thursday lepas.
Sebab dia cakap Anak tekak aku dah bengkak.
So, dia tak mahu bagi ubat dalam bentuk cecair.Dia bagi pill.
Aku angguk angguk je.Malas mahu cakap banyak.(time ni betul betul sakit )heh.
Sebelum sampai rumah, beli barang untuk dimasak.
Ha?Aku kena masak...Ok.Aku try pilih lauk yang paling mudah untuk dimasak.Sayam dia bukan kenal sangat Ikan pun kan.Melainkan ikan yang dia selalu pancing yakni ikan fresh water.
Aku beli ikan Sardin dalam tin 5 ekor.Bean sprout 30sen, udang sikit.Sotong sikit. & Santan.
Sup sap aku kat dapur, dah siap aku masak.Ikan Sardin goreng garing garing taruk kicap.Pasti Kick.Percayalah..
Bean sprout campur udang 4-5 ekor aku masak lemak.Sedap...dah lama tak masak macam ni.
Aku goreng papadom yang tak pernah jemu kat rumah tu.
Gambar?Aku sekarang kalau berblog malas mahu snap gambar atau upload gambar.
bagi aku mood dulu ya...
Lepas makan, makan ubat, terus tido..lepas tu malam tadi terkial kial mata tak boleh lelap.
Hampeh....nasib baik pagi tadi terjaga.Tapi 14kali kot terjaga.
Excited nak pergi keje.
hahaha..

Saturday, October 16, 2010

Cuti-cuti

Waaahh...

Cuti?korang cuti x hari ni?Aku...?Owh, setiap minggu on Saturday office aku cuti.Close.Tutup.
Sayam aku pun cuti pada hari ni.
Tapi kitorang ada full program weekend ni.
1st, Insyaallah hendak melawat ibu mertua ku.
Lepas tu mahu berdatingan bersama kalau sayam tidak mengantuk.
Mahukah dia?Alasan kukuh adalah mengatuk coz malam tadi dia masih kerja..
kalau dia tidak mahu..aku akur.
Mana nak cari T-shirt comel comel untuk Alili ea?
Nak beli on9 memang sudah terlalu suntuk

Cerita lainlah pulak.
Pernah pergi ketaman Oked tak kat Kuala Lumpur?
Aku teringin sangat nak pergi sana.
Sayam cakap tu tempat mat mat kuntum.
Aku macam susah nak percaya..
Aku nak tengok bunga oked lah.
Aku bukan nak cuci mata tengok mat kuntum kat sana.
 Esok esok kalau Sayam masih tidak mahu pergi kesana,
Jom kita beramai ramai nak tak?
Pastu buat shoot DSLR...hooooo...
Aku x der DSLR pun..
Camera cap lopek adalah.
Bodek bodek Sayam pun dia buat dek jer.Senyum jer dia.
Nak kata tak beli..dia tak cakap apa pun.
eh.Kenapa aku titiba mengarut ni...adeh...
Aku sudah nak siap siap ni da...