Tuesday, October 19, 2010

20102010

Wow...Salam berceloteh..& morning..
Amboi..Tarikh hari ni...Sure menarik kan?Kalau tak, takkan lah Melaka mahu mengishtiharkan Melaka Maju 20102010 pada hari ini.
Ok ok.Aku tidak mahu bercerita pasal itu.
Remember tak aku pernah cakap yang aku & Sayam kena attend birthday party Alili?
Saturday selepas meziarahi mak mertua di Shah Alam, rehat sejam dirumah.Sambil menggosok baju.
Kemudian keluar pergi shoping untuk Alili & Acu.
Kebetulan pulak birthday mereka dekat dekat tarikhnya.
Mula mula Sayam ajak pergi Midvalley KL.Aku, terlalu malas untuk kesana.Tak tahu kenapa.
Kalau dulu, masa bercinta, asyik kesana.hahaha.Muak sudah agaknya.
So, yang paling aku suka sekarang adalah Sunway Pyramid.
Jarak dengan rumah 5minit jika bawa motor laju laju.
Jika sedang sedang 10 minit atau kurang dari itu.
Aku drop kereta rumah mak, dan melenjan naik motor bersama Sayam.
Jimat masa plus parking sekali.Sebab hari sabtu.Confirm ramai umat manusia disana.
Tujuan utama kesana mahu membeli HADIAH untuk kanak kanak rebina berdua tu.
Mak banyak kali pesan kat aku, kalau nak belikan Alili hadiah, belikan baju saja.
Jangan ngada ngada mahu tambah toys dalam raga dirumahnya & rumah nenek.
Cukup cukuplah tu.
Kami cuci mata dulu , baru boleh shopping untuk mereka berdua.
Cuci mata ditengah bulan adalah penyiksaan ok.Kesian nafsu membeli belah terbantut.
Memilih baju untuk budak budak lelaki amatlah susah jika tidak dibawa tuan empunya diri.
Kalau dibawa, sumpah bankrupt uncle & anyah nya kena pow.Terbeliak biji mata budak kecik tu.
Mungkin juga akan meroyan minta itu ini di Jusco bahagian TOY's.kan..kan?
Alili adalah budak yang sangat pandai membodek sesiapa sahaja.
Pasti akan terjebak dengan pujukannya.Melainkan korang sempat berkata "Untie belum gaji"
Sure korang tidak di Pow oleh nya.Bijak budak budak sekarang. Gara gara susu Enfagrow sejak lahir.
Aku separate dengan Sayam.Aku ke bahagian baju. Sayam bahagian toys.
Sayam nak juga belikan budak tu toys.
Aku pusing -pusing jumpa pijama untuk budak tu.Comei.
Untuk Acu pulak aku belikan dia set Stationery Spongebob.Settle.
Sayam masih tercari-cari apa yang patut dibeli untuk mereka.
Alili kalau dibelikan mainan, nak nak pulak yang boleh cabut cabut macam puzzle tu,
sure lah, tak  sampai sejam dah terbarai.
Kereta control yang Alfarano & Acik belikan pun hanya bertahan lebih kurang Sejam.
Ngeri & Scary anak buah kitorang tu kan.
Habis segala mak nenek  Ben10, Ultraman , Transformers, Sayam pilih.
Dekat sejam dia dok asyik memilih toy.Mengalahkan kiddos suami ku itu..
Aku cakap :

Aku: Sayam apa kata kalau i call budak budak tu, tanya dorang suka apa..


Sayam:Aah la...u call dorang, tanya apa yang dorang suka..(sambil picit picit kepala tanda pening lah tu)


Aku:Hallo, mak pas call kat Acu,


Acu:Hallo, Kak ngah, kenapa..?


Aku: Acu suka Ben 10 ke, Ultraman ke or Transformers?


Acu:Hoooyeeee....Acu suka Ben 10.


Aku:Ok. Pas call Kak Ngah kat Alili..


Acu: Alili...Anyah nak cakap ngan Alili.(aku dengar dorang berbual)Kak Ngah, Alili tak mahu cakap dengan Kak Ngah la..


Aku:Acu, tanya dia nak Ben 10 ke Transformers?


Acu:Alili Anyah tanya...Alili suka Ben 10 ke trans(ayat belum habis)


Alili: Nak transformers anyah...Alili nak itu...(menjerit jerit kat telepon aku rasa)


Aku:Okok.Babai...

Ha...kan senang.Payah sangat nak fikir fikir kan?
So, lepas bayar..terus Sayam ajak minum..hohoho...
Kesian dia.Sampai 2 ketul donut dia makan sorang.haha..ha
Next entry aku cerita pasal time majlis pulak...daaa....

No comments:

Post a Comment