Tuesday, October 26, 2010

Dating On Tuesday


Halloo..morning guys..
Pagi ni liat betul aku nak bangun dari tidur kot.
Petang semalam, Aku & Sayam dating .Ahahaha.Dating sambil menonton wayang Free.
Bukan orang tengah buat perkara sumbang ea.Aku dapat free baucer tix wayang kat Midvalley,
Pastu memang sasah la kena tengok kat sana jugakkan.Kalau tak...harus meroyan mahu lihat kat Sunway Pyramid.
Memula we all nak tengok movie on Monday. Tup tup Sayam call cakap kena sambung keje sampai mlm pulak.
Hermm...tak jadi pulak.So, bila semalam Sayam kena sambung keje lagi, awal awal dia tak mahu ganti.
Aku lekas lekas blk rumah.Bukan ke hari hari aku balik awal?.
Balik rumah, tengok sayam baru hegeh hegeh mahu mandi..
woaaaa...dia kalau mandi lama kot...harus aku gosok baju dulu..
Sampai jer sana, kedai 1st yang sayam singgah boutique L.Titiba nampak seluar skinny.
Memang bukan untuk aku.Sebab aku hanya layan skinny kat DP saja.L selalunya tak ada size.Kesiankan?
Lupakan saja hahaha.
Dia terjatuh hati pulak ngan skinny tu.Nak nak pulak aku dah racun baik punya.Terjebak sayam i nok.
Sayam macam baik hati sangat sangat semalam.
Macam macam baju kot suruh aku test.
Tapi, aku kan baru beli baju kat DP masa dating ngan Cik Sue minggu  lepas.
Jadi..perasaan nak membeli walaupun sayam nak belanja berkurangan.
Keji ok.Sayam nak belanja aku tolak tolak kan?Mungkin ada sebab lain kot..hahahaha..
Sayam ajak masuk Z.Aku layankan je la.Tup tup jumpa baju Rolling Stones.Siap ada signature lagi.
Damn!!!!!Aku terus jatuh cinta...(Mood pun pagi pagi ni lagu Miss U By Rolling Stones)
Aku memang sudah lama jatuh cinta pada Baju yang ada gambar bibir & lidah itu.
Dah lama aku mencari.
Hari tu aku ada nampak di butik B.Tapi sudah habis dijual.
Geram gila aku masa tu.
Sabar je lah.
Tapi malam tadi perasaan bercampur baur.
Sayam nak belikan baju tu untuk aku.
Sebab dia tahu aku memang gilakan baju itu.Harus sayam tak mahu beli jika Shironikko @ Ed Hardy punya branding.hahaha..
Aku serba salah pulak.
And, sayam brought for me akhirnya...
owh...sayangnya kat sayam.
Lepas shopping moping, kitorang pergi redeem tix wayang.Nak tengok cerita MAGIKA.
Tapi cerita tu tiada malam tadi.HAMPEH betul.
Nak layan cerita Rajnikan pun tak pasti bila nak ditayangkan.
Last last pilih mahu tengok cerita BURIED.
Memang ni lah cerita yang paling murah kosnya sepanjang film mat saleh yang pernah aku tengok.
Bermodalkan Blackberry, pisau, lampu suluh, lighter, orok orok(sejenis ular), keranda kayu,
sekeping kertas, pencil, paku..& lain lain lagi.
Lepas tu seorang pelakon yang dalam cerita tu, melakonkan watak Paul Conroy.
Gila senang watak dia dalam keranda tu.Hanya call call orang & received call saja.
Lepas tu try untuk bakar ular.damn boring masa tu.rasa nak ajak sayam balik.Sayam dah tido tido dalam tu.
Hahaha.Semua orang kot dalam cinema tu menyumpah tengok movie tu.
Nasib baik FREE ok.Kalau bayar...harus aku meroyan lebih teruk lagi jika nak dikirakan membazir masa malam tadi.
Waste my time...baik pergi cuci mata lagi bagus...
woa...woa..woa...

No comments:

Post a Comment