Wednesday, October 13, 2010

Permulaan Untuk Aku

Salam,

Hari ini..permulaan langkah kedua setelah tersungkur pada langkah yang pertama.
Andai hari ini boleh mengembalikan semalam..
Pasti aku berpeluang membetulkan segala kesilapan
Tapi...silapkah aku..?
Aku hanya insan biasa,
Tak perlu rasa ragu lagi..
kepahitan semalam adalah kemanisan untuk hari ini.
Pengajaran dahulu membuatkan hidup ini lebih matang dalam pemikiran..
Benar kata hati, jika api di simbah minyak, semakin terbakarlah ia..
Biar menjadi Air...biar pun air masih berguna walaupun dibawah,
Tetapi..air mampu memadamkan sisa-sisa api..
Bara?Andai bara tiada..
Api akan terpadam..
Aku tidak mahu menjadi bara lagi..
Aku sudah serik menjadi bara..
Aku sudah melupakan bara..
Bara tidak beerti buat aku lagi..
Aku tidak mahu cepat melatah..
Mendiamkan diri bukan bermaksud aku kalah..
Aku lebih rela diam seribu bahasa..
Aku lebih aman dengan mendiamkan diri.
Aku diajar untuk memaafkan diri sendiri
Aku diajar supaya menghormati orang lain..
Aku diajar supaya menghormati keputusan orang lain..
Aku tidak suka mendesak,
Aku tidak suka kepiluan..
Aku tidak suka memutuskan...
Aku mahu lebih bahagia...
Aku mahu lebih masa bersama..
Aku mahu kamu tahu..
Aku hanya insan biasa..
Aku tidak perlu terlalu memuja..
Aku tidak perlu terlalu membangga diri..

p/s: Aku mengarang untuk peringatan diri sendiri..tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati...

No comments:

Post a Comment